Tuesday, July 23, 2013

apam pok kadot

Resepi: Apam Pok kadot

Bahan-Bahan:

-3biji telur
-3 cawan tepung gandum
-2 1/2 cawan gula halus
-150ml susu segar
-3sudu teh baking powder
-1sudu kecil ovalatte
-1sudu kecil esen vanilla
-filling (blueberry@apa2 ikut citarasa)
-pewarna


Cara Memasak:

1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang
2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul hingga kembang.
3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas.
5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh.
6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
7-kukus selama 12-15 minit dengan api sederhana.



Bubur Nasi

Sudah lama rasanya ku tak update blog... wahaha... kali ini saya nak kongsi ngan kalian resepi bubur nasi.. Ada yang versi simple masa terdesak tak de duit, masa kaya sikit, dan masa malas...ye ke?? ehehe... ni atas permintaan kawan aka buddy ku ler, cik Jan.. Lama dah dimintanya tapi belum sempat ku kasi... :D

Oh lupa, bila nak start tu, basmalah di awal setiap kerja buat kita jangan lupa ea.. berwudhu' sblum masuk dapur dan selawat banyak2 time memasak tu, berkat dan baru la anak2 dan suami makan dari air tangan yg berkat dan dipenuhi dengan doa. so, mereka membesar dr makanan yang berkat la kan... macam ak dah kawin plak..hehe.. xpe bagi tips n perkongsian je kan..hehe. eh eh eh, panjang pulak ngomongnyo...bila nak start neh.??ok2 jom, let's start...

Bahan-bahan
Beras/Nasi
Minyak untuk menumis
Bawang Putih
Bawang Merah
Rempah 4 sekawan (kayu manis,pelaga, bunga lawang,bunga cengkih)*b.lawang&pelaga je pun dh ckup
Ayam/Bilis/seafood (*klu xde pun xpe)
Lada sulah (*xde pun xpe)
Cili Padi dipotong bulat2.(klu nk rasa pedas)
Lobak Merah aka carrot atau kubis

Cara-caranya
1-Tumis bawang-bawang dan rempah empat sekawan.
2-Masukkan air, gula garam, lada sulah.
3-Masukkan beras/nasi(klu msukkn beras, air kna letak bnyk)
4-Masukkan y selebihnya.

*Note: kalau rasa nk cepat jdi bubur, langkah ke 5-Masukkan semua kedalam blender dan blend setakat yang anda mahu...

Tadaa, selamat mencuba.



Monday, May 21, 2012

Resipi Wadeh @ Vadai Mawar A'isyah


250 g Kacang Dal
1 biji Bawang Besar/ Bawang Kuning-dipotong dadu
15-30 g udang kering
1 tangkai cili merah-dipotong dadu
1 1/2 sb serbuk cili (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
1 1/2 sb serbuk jintan manis
1/4 sb jintan manis
1 tangkai daun kari-dihiris nipis (kalau xde pun xpe)
1 1/2 sb gandum
1/2 sb garam
Minyak untuk memasak




CARA-CARA PENYEDIAAN:


1- Rendam kacang dal sekurang-kurangnya 6 jam ( Mawar A'isyah biasa rendam semalaman,hampir 12 jam)
2-Kisar kacang dal yang direndam tadi bersama udang kering (boleh letak sedikit air kalau suka)
    Note: asingkan 1 genggam kacang dal yang belum dikisar.
3-Campurkan kacang dal yang dikisar dan yang tak dikisar.
4-Masukkan serbuk cili, bawang besar, serbuk jintan manis, jintan manis kasar, cili merah,daun kari,garam dan
   gandum.
5-Bentukkan doh bulat-bulat dan leperkan sedikit supaya doh tidak terlalu tebal.
6-Sedia untuk digoreng.






***Sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang.



Monday, May 14, 2012

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah 


rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 


Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan 


dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan 


menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. 


Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, 


itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah 


                                               kunci menuju syurga." 

Tuesday, April 10, 2012

kancil golek

semalam, 9 april 2012...

-ku belajar istilah "kancil golek"
-gara-gara lupa nk tutup lampu keta dari pukul 9.30 pg hingga pkul 5.30 ptg, keta xleh start.
panik gak la..dont know why and what should i do...

nasib baik la ada ramai sahabat senior and sahabat junior..klu xde depa, cek xtau la jadi apa...

pagi smalam kan hujan lebat, cek bukak la lampu keta time drive..bila smpai PC, hujan dah reda, cek xpasan yg cek bukak lmpu keta tadi...so,cek tinggal camtu jelah...

nak wat cena,oghang xsedakk langsung lmpu xpadam lagi..

hahaha..

terima kasih yg tidak terhingga buat akh sufian, akh hafiz sua, akh jaz, akh yusof, akh zul, akh syarifudin, akh syazwan dan semuanya yg membantu menghidupkan kereta sy..jazakumullahu khairan jaza'

Monday, March 5, 2012

Kami ingin berkampung di SyurgaMu ya Robb!






~Sahabatku....uhibbukum fillah... Semoga azam dan cita-cita kita tercapai
dengan Reda Pencipta~

~Sahabatku,ku berpegang dengan janji-janji kita..Bertemu dan berkampung
di Maqam yang kekal abadi~

~Sahabatku, peganglah aku, tegurlah aku, bantulah aku dala mencapai cita-cita
murni kita~



~FIM,
~NJMN,
~AAZ,
~NNMY,
~NA,
~NAA,
~SNFR,
~NIJ,
~SNY,
~SNJ,
~SH,
~WNAFWS,
~WQA,
~YMY,
~MFMZ,
~MHM,
~MHMZ,
~MSH,
~MZMZ,
~NMIAM,
~MZI,
~SAA,
~SMASA,
~WAKWA,
~WMHWA






Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

~~Kepada sahabat2ku,moga semangat kita dalam perjuangan ini bertambah mekar~~

Sunday, February 26, 2012

Nasi Ayam cara mudah dan cepat...

Bahan-bahan perapan ayam(untuk dibuat sup)
1 ekor ayam
3 ulas bawang kuning aka bawang besar
3 ulas bawang putih
7x2cm halia
garam secukup rasa (anggaran 1 sudu besar)
*kaedah: blend

Bahan-bahan sup
Air (kuantiti: seelok-eloknya sampai ayam tenggelam dlm periuk)
1/2 ulas bawang kuning yang dimayang(dipotong bulat)
saderi aka daun sup+daun bawang
garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng(jika suka)

Bahan-bahan Nasi
1 cupak beras (anggaran 5 pot) aka 1kg
Stok ayam
1/2 ulas Bawang kuning dimayang(dipotong bulat)
pewarna kuning/ sunquick (*xde pun xpe)
garam secukup rasa

Bahan perapan ayam(untuk di goreng)
15-20 ulas bawang putih
5x2 cm halia
2 sudu madu lebah
kicap secukupnya
garam secukupnya
*kaedah: blend

sos pencicah aka air lada
5-10 biji cili padi
2 biji cili merah hidup
3-4 ulas bawang putih
stok ayam aka air rebusan ayam
4-5 sudu besar cuka
sos cili
sos tomato
daun saderi
gula dan garam secukupnya
*kaedah: blend

Cara-cara memasak
1-Perap ayam menggunakan bahan perapan sebelum dibuat sup (sejam-2 jam)
*note: klu nk cepat,cukup sekadar 10-15 minit,tapi mungkin kurang sedap lah jadinya.

2-Setelah sejam atau lebih, letak ayam dan bahan perapan tadi kedalam periuk dan masukkan
air secukupnya. Guna api perlahan untuk dapatkan stok ayam. Biarkan sehingga ayam
separuh masak. Setelah itu keluarkan ayam dan perap ayam dengan perapan kedua. Tempoh
perapan: sekurang-kurangnya sejam.( lagi lama lagi sedap)

3- Ambil sedikit stok ayam(air rebusan ayam tadi) untuk dibuat nasi dan sos pecicah. Selebihnya
dibuat sup. Tambah sedikit air.

4-Basuh beras, masukkan stok ayam(menggantikan air), sedikit pewarna kuning, bawang
kuning dan garam.

5-Blend bahan-bahan untuk dibuat pencicah. (xperlu dimasak kerana stok ayam sudah masak)

6-Setelah ayam diperap selama lebih kurang 1 jam, ayam siap untuk digoreng. Lebihan perapan
jangan dibuang. Ambil sedikit perapan ayam tadi,tambah sedikit kicap dan siap dihidangkan
bersama nasi ayam.

***selamat mencuba*** klu kurang jelas, boleh tinggalkan komen..