Sunday, February 26, 2012

Nasi Ayam cara mudah dan cepat...

Bahan-bahan perapan ayam(untuk dibuat sup)
1 ekor ayam
3 ulas bawang kuning aka bawang besar
3 ulas bawang putih
7x2cm halia
garam secukup rasa (anggaran 1 sudu besar)
*kaedah: blend

Bahan-bahan sup
Air (kuantiti: seelok-eloknya sampai ayam tenggelam dlm periuk)
1/2 ulas bawang kuning yang dimayang(dipotong bulat)
saderi aka daun sup+daun bawang
garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng(jika suka)

Bahan-bahan Nasi
1 cupak beras (anggaran 5 pot) aka 1kg
Stok ayam
1/2 ulas Bawang kuning dimayang(dipotong bulat)
pewarna kuning/ sunquick (*xde pun xpe)
garam secukup rasa

Bahan perapan ayam(untuk di goreng)
15-20 ulas bawang putih
5x2 cm halia
2 sudu madu lebah
kicap secukupnya
garam secukupnya
*kaedah: blend

sos pencicah aka air lada
5-10 biji cili padi
2 biji cili merah hidup
3-4 ulas bawang putih
stok ayam aka air rebusan ayam
4-5 sudu besar cuka
sos cili
sos tomato
daun saderi
gula dan garam secukupnya
*kaedah: blend

Cara-cara memasak
1-Perap ayam menggunakan bahan perapan sebelum dibuat sup (sejam-2 jam)
*note: klu nk cepat,cukup sekadar 10-15 minit,tapi mungkin kurang sedap lah jadinya.

2-Setelah sejam atau lebih, letak ayam dan bahan perapan tadi kedalam periuk dan masukkan
air secukupnya. Guna api perlahan untuk dapatkan stok ayam. Biarkan sehingga ayam
separuh masak. Setelah itu keluarkan ayam dan perap ayam dengan perapan kedua. Tempoh
perapan: sekurang-kurangnya sejam.( lagi lama lagi sedap)

3- Ambil sedikit stok ayam(air rebusan ayam tadi) untuk dibuat nasi dan sos pecicah. Selebihnya
dibuat sup. Tambah sedikit air.

4-Basuh beras, masukkan stok ayam(menggantikan air), sedikit pewarna kuning, bawang
kuning dan garam.

5-Blend bahan-bahan untuk dibuat pencicah. (xperlu dimasak kerana stok ayam sudah masak)

6-Setelah ayam diperap selama lebih kurang 1 jam, ayam siap untuk digoreng. Lebihan perapan
jangan dibuang. Ambil sedikit perapan ayam tadi,tambah sedikit kicap dan siap dihidangkan
bersama nasi ayam.

***selamat mencuba*** klu kurang jelas, boleh tinggalkan komen..





No comments:

Post a Comment